ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal GR86 Trueno Edition, terhad 860 unit sahaja

Berita Global

Views

Legenda telah ‘dihidupkan’ kembali! Toyota telah memperkenalkan GR86 Trueno Edition yang memberi penghormatan kepada jentera hitam dan putih, iaitu model “Sprinter Trueno” atau AE86 tahun 1984.

Bagi peminat siri ‘anime’ Initial D, kereta yang mendapat julukan sebagai “Panda Trueno” yang dipandu oleh si penghantar tofu, Takumi Fujiwara pastinya tidak asing lagi dalam kalangan mereka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Untuk versi GR86 Trueno Edition, ia didatangkan dengan rim aloi baharu bersaiz 18-inci, lencana “Trueno” ditampal pada bampar depan dan belakang, serta grafik hitam kusam pada panel pintu yang sepadan dengan hud hitamnya.

Model ini juga turut dilengkapi dengan Performance Pack dengan tambahan peredam dari Sachs dan sistem brek dari Brembo.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, Performance Pack turut ditawarkan sebagai pilihan ‘retrofit’ kepada pemilik model keluaran 2022 dan 2023.

GR86 dengan transmisi manual ini dilengkapi dengan Active Safety Suite untuk 2024, yang merangkumi brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif, amaran keluar-lorong dan bantuan suluhan lampu tinggi.

Model edisi khas GR86 Trueno Edition ini hanya akan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad, iaitu sebanyak 860 unit sahaja. Ia akan tiba pada musim sejuk nanti dan harganya akan diumumkan kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply