ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Train to Dabong” berhenti di Stesen Kuala Gris pagi ini, pelajar dapat kembali ke sekolah

Berita Tempatan

Views

Kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hari ini dengan menaiki kereta api selepas hasrat mereka tertangguh apabila perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu tidak singgah di Hentian Kuala Gris, semalam.

K! ONLINE melaporkan, rata-rata pelajar di kampung itu teruja menaiki kereta api untuk kembali semula ke SMK Dabong bagi mengikuti pengajian secara bersemuka selepas Kelantan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 4 Januari lalu.

Seorang pelajar, Fatin Syakila Rosdi,16, mengakui kecewa tidak dapat ke sekolah semalam. Katanya, kereta api yang tidak berhenti semalam menyebabkan dia sukar untuk ke sekolah kerana jarak yang agak jauh selain keluarganya tiada kenderaan.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Nur Shaza Qistina Saberi, 15, mengakui teruja dapat ke sekolah menggunakan perkhidmatan tren tersebut yang merupakan pengangkutan utama dia dan rakan-rakan untuk ke sekolah.

Menurutnya, dia akan terus setia menggunakan perkhidmatan tersebut yang mula digunakan untuk ke SMK Dabong ketika belajar di tingkatan satu.

Tinjauan di Hentian Kuala Gris hari ini mendapati, kereta api yang berlepas dari Tumpat itu tiba di hentian berkenaan pada pukul 7.07 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha dan Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya turut turun padang meninjau operasi perkhidmatan kereta api dan beramah mesra dengan pelajar terlibat.

Semalam, kira-kira 100 pelajar SMK Dabong terpaksa ‘ponteng sekolah’ selepas kereta api yang menjadi pengangkutan utama mereka tidak berhenti di hentian Kuala Gris.

Mengikut jadual, kereta api itu sepatutnya berhenti di stesen Kuala Gris pada pukul 6.59 pagi dan tiba di Dabong kira-kira 20 minit, namun pemandu tren tidak berbuat demikian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply