ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trio ‘R-Line’ baharu bakal buat kemunculan di 1Utama pada 12 Ogos ini!

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Tour bakal kembali menghangatkan Pusat Membeli-belah 1Utama tidak lama lagi! Untuk edisi kali ini, Volkswagen akan mempamerkan beberapa model termasuklah trio ‘R-Line’ baharu iaitu Passat R-Line, Arteon R-Line dan Tiguan Allspace R-Line.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Acara bakal berlangsung mulai 12 hingga 16 Ogos ini dan para pengunjung juga boleh menyaksikan dengan lebih dekat beberapa model seperti Vento JOIN, Tiguan Highline, Golf R-Line dan Passat Elegance, yang turut tersedia untuk dipandu uji.

Selain itu, pelbagai tawaran menarik turut ditawarkan. Pengunjung yang membuat tempahan di acara tersebut juga akan menerima rebat tambahan bernilai RM1,000 di samping promosi sedia ada. Acara ini akan berlangsung di Oval Centre Court, Aras Bawah (New Wing) dan akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Ini merupakan julung kalinya acara Volkswagen yang dilangsungkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan ia akan mengikut segala Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Para pengunjung juga perlu memakai pelitup separuh muka dan memeriksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk. Anda tidak perlu risau kerana semua kenderaan yang dipamerkan dan unit pandu uji akan disanitasi dan dinyah kuman secara kerap.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply