ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic 1.5L V jadi kenderaan rasmi Jabatan Penguatkuasa MBSJ

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya memaklumkan pihaknya telah menerima aset kenderaan terbaharu, iaitu Honda Civic 1.5L V (Civic FE).

Majlis penyerahan telah berlangsung semalam dan Civic 1.5L V akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi penggunaan Jabatan Penguatkuasa MBSJ.

Generasi ke-11 Civic yang dilengkapi dengan grafik pelekat badan, termasuk lampu suar (beacon) kombinasi warna biru dan putih ini ditugaskan sebagai kereta rasmi peronda dan pengiring trafik penguatkusa.

Ia telah kepada MBSJ oleh syarikat Shared Auto Cars Sdn Bhd, namun tidak dinyatakan berapa bilangan unit yang telah diserahkan pada majlis tersebut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pada sesi penyerahan itu juga, Datuk Bandar Subang Jaya, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim turut berkesempatan untuk memandu uji cuba aset baharu ini.

Civic 1.5L varian V dikuasakan oleh enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang menghasilkan output sebanyak 182 PS dan 240 Nm daya kilas.

Ia dijual pada harga RM143,700 (harga semasa) dan merupakan salah satu varian yang ditawarkan oleh Honda Malaysia selain varian E, 1.5L RS dan e:HEV 2.0L RS.

Civic serba baharu dilengkapi dengan Honda SENSING yang dipertingkatkan dengan ciri baharu – Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Berikut adalah senarai fungsi-fungsi Honda SENSING diperbaharui pada Civic serba baharu:

  • Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas – Baharu
  • Kawalan Pemanduan Adaptif
  • Sistem Mengekori Kenderaan Halaju Rendah
  • Sistem Brek Cegah Pelanggaran
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • Sistem Cegah Terbabas
  • Amaran Keluar Lorong
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik

Dua ciri keselamatan terbaharu pada model ini pula ialah Amaran Tali Pinggang Keledar pada tempat duduk belakang dan Pemantau Tahap Tumpuan Pemandu. Manakala ciri termaju seperti Kunci Automatik Ketika Beredar dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh adalah ciri standard untuk semua varian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Subang Jaya

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply