ARKIB

KATEGORI

Buletin

Turapan jalan tidak sempurna antara punca berlakunya kemalangan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, sekurang-kurangnya lima kes kemalangan yang berpunca daripada infrastruktur atau jalan yang tidak diturap sempurna dilaporkan setiap hari di seluruh negara. Ia antara aduan diterima Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 awal bulan lalu.

Pengasasnya Azlan Sani Zawawi (Lando Zawawi) berkata, antara punca dikenal pasti adalah penggunaan tar kurang berkualiti yang menyebabkan jalan pecah atau berlubang sehingga membahayakan pengguna jalan raya. Kata Azlan, pihaknya juga menerima maklum balas daripada kontraktor mengenai perkara itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pihaknya difahamkan bahan yang digunakan juga tidak sempurna akibat kuari yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP. Akibatnya pengguna menjadi mangsa apabila mengalami kecederaan dan keadaan ini perlu ditangani segera.

Azlan berkata, pihaknya merujuk Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri berkaitan untuk meminta penjelasan dan dimaklumkan kontraktor juga masih menunggu kelulusan untuk kerja penyelenggaraan. Sementara itu Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, pihaknya membuat pemantauan berkala bagi memastikan kerja penurapan dijalankan sebaik mungkin.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagaimanapun katanya, pihaknya mendapati ada antaranya yang tidak memenuhi kualiti dan tidak tahan lama. Pada masa ini, kementerian melihat serius isu ini dan beliau sendiri turun padang bagi meninjau kerja berkaitan.

Tambah beliau, antara isunya ialah kekurangan pekerja teknikal untuk kerja ini. Ujar beliau lagi, tanggungjawab penyelenggaraan jalan persekutuan ini kebanyakannya kita bagi kepada syarikat konsesi dan kita akan minta mereka pastikan mereka melihat perkara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply