ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video tular – Polis panggil Lando Zawawi bantu siasatan

Berita Tempatan

Views

Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan satu laporan polis berhubung video masalah jalan rosak yang tular di laman sosial sebelum ini.

Sinar Harian melaporkan, Lando Zawawi tiba bersama peguam, Samreet Singh kira-kira jam 10 pagi di IPD Kuantan. Turut dipanggil memberi keterangan, rakannya Hasbullah Mat Soom atau Tok Abu Santau. Menurut Lando, beliau sendiri belum pasti tentang kes yang dihadapinya itu namun tiada masalah untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan polis.

Katanya, jika aduan polis yang dibuat pihak tertentu kerana videonya sebelum ini, baginya itu hanya saluran teguran kepada pihak berkaitan. Beliau hanya bersuara bagi mewakili Ikatan Silaturahim Brotherhood, Brotherhood Kuantan dan lebih penting ia juga suara pembayar cukai yang terkesan dengan masalah jalan rosak.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Lando berkata, beliau banyak menerima aduan dan bila mereka turun ternyata aduan itu berasas dan ada jalan yang berlubang dan menampalnya sendiri. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu bukan untuk menjadi hero sebaliknya demi keselamatan pengguna jalan raya.

Jelas Lando, tindakan tersebut juga sebagai satu teguran kepada pihak berkaitan supaya lebih bertanggungjawab dan efektif bertindak. Beliau atau video yang ditularkan itu tidak mengancam sesiapa pun tetapi jalan yang rosak dan berlubang ini sebenarnya ancaman kepada keselamatan serta nyawa pengguna,.

Menurutnya, tekanan pihaknya berhubung masalah jalan rosak sebelum ini ada yang diterima secara positif oleh agensi berkaitan namun ada juga yang hanya lihat dari sudut negatif. Pada beliau, isu sebegini tidak perlu kepada laporan polis sebaliknya dijawab dengan tindakan yang sepatutnya.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Beliau menegaskan, jika merasakan tindakan mereka ini salah, sila bawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Tambahnya, masalah jalan yang mereka paparkan adalah perkara yang betul dan ada buktinya. Lando berkata, kes yang dihadapinya itu dianggap sebagai satu cabaran dalam perjuangannya selama ini.

Ini bukan kali pertama Lando dipanggil pihak polis kerana sebelum ini beliau pernah beberapa kali bermalam di lokap namun setakat ini semua kes itu tiada tindakan lanjut atau NFA. Beliau mahu melihat kes kali ini dan akan memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali mengesahkan bahawa aktivis itu dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penularan satu video sebelum ini.

Menurutnya, Lando Zawawi dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan satu laporan polis yang diterima sebelum ini. Beliau disiasat di bawah Sek 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply