ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tutup kilang, Goodyear jamin beri pampasan tinggi kepada kakitangan terkesan – Tengku Zafrul

Berita Tempatan

Views

Semua proses peralihan yang meliputi kebajikan pekerja telah dilaksanakan sebelum pengumuman oleh Goodyear untuk menutup kilangnya di Shah Alam.

Ini termasuklah kerjasama dengan beberapa syarikat seperti Proton Holdings Bhd (Proton) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang terjejas.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini bagi memastikan proses peralihan bagi pekerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.

Tambah beliau, Goodyear turut memberi jaminan akan memberi pampasan yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang.

“Mengapa kilang ini ditutup? (Ini kerana) Goodyear menyasarkan pengurangan kos sehingga AS$1 bilion setahun menjelang 2025, yang mana penutupan kilang di Shah Alam adalah sebahagian daripada langkah pengurangan kos yang diambil.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Goodyear juga bakal menutup dua kilang tayarnya di Jerman, membabitkan 1,750 pekerja. Sebuah kilang tayar di United Kingdom juga bakal ditutup.

Jadi, bukan operasi di Malaysia sahaja, malah operasi Goodyear di seluruh dunia juga turut terjejas,” katanya dalam hantaran di laman sosial pada Jumaat.

Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang menjejaskan kira-kira 550 kakitangan.

Beliau berkata, MITI dan agensinya MIDA sudah menggerakkan pasukan khusus membabitkan PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia untuk memudahkan penempatan pekerjaan, serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula.

“Paling penting, semua usaha itu telah mula dilaksanakan sebelum pengumuman penutupan kilang dibuat untuk memastikan proses peralihan bagi pekerja berjalan lancar,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan memastikan Malaysia terus mendapat kemasukan pelaburan yang dapat membantu ekonomi negara.

Perkara itu adalah cabaran utama ketika ini disebalik landskap ekonomi global semasa dalam memastikan lebih banyak pelaburan masuk daripada pelaburan keluar seperti yang berlaku pada Goodyear.

Beliau berkata, pengumuman pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu, yang tertinggi dalam sejarah, merupakan petanda keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia.

Sebanyak 5,310 projek katanya telah diluluskan dan bakal menjana hampir 130,000 peluang pekerjaan.

“Dalam sektor pembuatan sahaja, 63 peratus daripada pelaburan diluluskan adalah daripada perniagaan sedia ada yang mengembangkan operasi mereka.

“Ini menunjukkan keyakinan yang kukuh daripada syarikat-syarikat ini terhadap kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tengku Zafrul

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply