ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berkat dari ‘ringan tulang’, DRB-Hicom hadiahkan Hussin sebuah motosikal Modenas Kriss MR2

Berita Tempatan

Views

Kisah seorang warga Taiping prihatin yang ‘ringan tulang’ , Hussin bin Kassim mula tular dan mendapat perhatian ramai sejak ia dikongsi dalam Facebook Majlis Perbandaran Taiping pada 15 Mei lalu. Hussin kini mendapat perhatian ramai pengguna jalan raya yang memberikan sokongan kepada aktiviti sukarelanya membersihkan laluan pejalan kaki di hadapan IPD Taiping dan di Laman Budaya hampir setiap hari .

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Berkat kerajinan dan keikhlasannya turut menarik perhatian pihak DRB-HICOM Berhad untuk menghadiahkan beliau sebuah motosikal Modenas Kriss MR2 bagi memenuhi impiannya. Sebelum ini pihak DRB-HICOM Berhad pernah menghadiahkan sebuah motosikal Modenas kepada seorang ‘pencinta haiwan’ yang sanggup melakukan dua kerja semata-mata untuk memberi makan kucing dan anjing jalanan setiap hari.

Majlis penyerahan motorsikal tersebut yang berlangsung pada 12 Jun lalu telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Taiping dan dihadiri oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Taiping, Tuan Haji Borhan bin Abdul Halim, bersama Encik Mahmood bin Abd. Razak, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan, DRB-HICOM Berhad.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Hussin kelihatan amat terharu dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak DRB- HICOM Bhd kerana bermurah hati untuk memenuhi impiannya. Selain itu DRB-HICOM Bhd turut menghadiahkan sebuah tilam kepada ibu Hussin yang bernama Aishah, yang berusia lebih 70 tahun bagi menggantikan tilam lamanya.

Syabas kami ucapkan kepada DRB- HICOM Bhd atas usaha murni tersebut. Kami turut mendoakan semoga kehidupan abang Hussin akan lebih baik dan terus istiqamah meneruskan kerja-kerja amalnya selepas ini.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto dan info kredit Majlis Perbandaran Taiping.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply