ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ujian rintis IMBRT bermula esok – Malaysia bakal jadi negara ASEAN pertama menggunakannya

Views

Ujian rintis Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) selama tiga bulan akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad esok (Khamis). Menurut K! ONLINE, IMBRT dilihat mampu memberi nilai tambah kepada sistem pengangkutan dalam negara selain menjadi penyelesaian kepada pengangkutan awam yang mesra alam serta meningkatkan kualiti hidup komuniti di Iskandar Malaysia.

Pengarah IMBRT, Rudyanto Azhar berkata, ujian tersebut melibatkan sembilan syarikat pengeluar bas tempatan dan luar negara bagi mendemonstrasi kenderaan menggunakan teknologi hijau yang terkini termasuk bas elektrik dan biodiesel.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Katanya, ujian rintis itu bertujuan menguji laluan sebenar sekali gus menentukan jenis bas yang bersesuaian di sekitar kawasan Iskandar Malaysia. Tambah beliau, ujian rintis projek IMBRT bermula Khamis ini adalah bagi jarak sejauh empat kilometer dari Anjung, Medini, Lebuh Raya Sultan Iskandar sehingga Horizon Hills.

Syarikat pengeluar bas yang terlibat dalam ujian rintis ini juga akan menggunakan teknologi hijau sepenuhnya, bekalan tenaga elektrik serta reka bentuk bas yang futuristik. Operasi IMBRT dijangka bermula dua tahun lagi iaitu pada 2023 sekali gus mengubah landskap pengangkutan Johor dan negara dalam menyediakan kemudahan bas sistematik.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kos pelaksanaan projek IMBRT adalah sekitar RM2.56 bilion yang dibiayai menerusi kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion, manakala bakinya adalah menerusi kerjasama swasta-awam bernilai RM1.56 bilion. Program ujian rintis selama tiga bulan sehingga Julai ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara memiliki kemudahan tersebut.

IMBRT akan menyediakan 55 perkhidmatan penghantar dan 44 perkhidmatan terus, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer atau hampir 90 peratus daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Tiga laluan utama bagi IMBRT adalah Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri yang merangkumi 33 stesen, dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai. Laluan utama akan mempunyai dua stesen akhir iaitu di Desa Jaya melalui Laluan Tebrau dan di Anjung menerusi Laluan Iskandar Puteri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply