ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terhidu gas ammonia – Seorang maut, tiga lagi kritikal

Berita Tempatan

Views

Seorang kru kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) warga Turki maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat terhidu gas ammonia yang bocor dari kapal di perairan antarabangsa di Barat Pelabuhan Klang, malam tadi.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Portal Free Malaysia Today melaporkan, Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Norihan Ngah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam dan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu dari sebuah agen perkapalan kira-kira jam 11 malam.

Katanya susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota APMM Selangor bersama-sama Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sekitar jam 3 pagi tadi ke lokasi kapal tangki itu MV Hamburg DW yang bersauh di Barat Daya Pulau Selat Kering, untuk mengeluarkan semua mangsa.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Lelaki berusia itu 62 tahun itu meninggal dunia di kapal tangki berkenaan manakala tiga lagi mangsa, dua warga Turki dan seorang warga India berumur 28 hingga 50 tahun selamat, namun berada dalam keadaan kritikal. Punca kecederaan mereka semua adalah akibat terhidu gas ammonia.

Dipercayai kebocoran gas berlaku pada kapal tangki tersebut. Norihan berkata, pihaknya juga telah memaklumkan kejadian kepada Kementerian Kesihatan dan polis. Semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan dan tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply