Toyota Corolla Cross yang dilancarkan bulan lalu telah menerima pelbagai maklum balas positif termasuk dari kalangan media yang telah memandu ujinya. Disebabkan permintaannya yang kukuh, UMW Toyota Motor (UMWT) akan terus menerima tempahan bagi kedua-dua varian, 1.8G dan 1.8V di mana unit pemasangan tempatan (CKD) hanya tersedia untuk diserahkan menjelang suku keempat tahun ini.
Menurut Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, pihaknya yakin jumlah jualan akan terus meningkat tahun ini dan mengatasi jumlah yang telah direkodkan pada tahun lalu. UMWT mencatat peningkatan jualan untuk suku pertama (Q1) 2021.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Jumlah jualan kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual sepanjang tempoh tiga bulan pertama ini melebihi 17,000 unit dengan pegangan pasaran kira-kira 12.1 peratus, naik 62 peratus dari tahun-ke-tahun berbanding tempoh sama pada 2020.
Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Presidennya, Ravindran K berkata, pada suku pertama 2020, pasaran telah menjunam akibat COVID-19, namun pada tahun ini ia sebaliknya ditambah pula dengan skongan kerajaan menerusi insentif PENJANA sehingga 30 Jun nanti. Tambah beliau, momentum jualan bermula pada bulan Disember lalu semasa mereka melancarkan Toyota GR Yaris dan Vios GR-Sport.
Vios dan Hilux muncul model terlaris dengan Hilux menguasai kira-kira 56 peratus jualan trak pikap bagi suku pertama. Selain itu UMWT turut memperkenalkan Innova dan Fortuner yang tampil dengan gaya lebih segar, manakala Yaris kekal di kedudukan teratas segmen hatchback Bukan-Nasional dengan anggaran pegangan pasaran suku pertama sebanyak 73 peratus.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Selain itu, hampir 5,600 unit Vios dan Vios GRS telah terjual sejak ia dilancarkan, manakal Siri Perlumbaan Vios Challenge yang memasuki musim keempat turut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada para peminat. Jualan GR Yaris juga di luar jangkaan dan kebanyakan unit yang diperuntukkan untuk pasaran negara ini telah pun ditempah dalam tempoh sebulan.
Sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba, UMWT bakal mengadakan promosi ‘Countless Rewards‘ buat para pelanggan yang ‘ingin melaram’ dengan kereta Toyota untuk Raya dan mereka perlu segera berbuat demikian sebelum tempoh pengecualian SST berakhir.
Antara penjimatan yang ditawarkan, termasuklah pengecualian cukai jualan bagi model-model CBU. Skim pembiayaan EZ Beli pula menawarkan ansuran rendah (bergantung pada model) buat pelanggan dan tidak ketinggalan, penjimatan dengan Toyota Service Savers. Ini akan memberikan ketenangan minda buat pemilik kenderaan Toyota dengan kos penyelenggaraan yang rendah.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI