ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT lancar Toyota Innova 2021 – 3 varian, harga bermula dari RM111,622

Berita Tempatan

Views

Serentak dengan pelancaran Toyota Fortuner 2021, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) turut melancarkan Innova 2021 yang dipertingkatkan dengan tiga pilihan varian dengan harga anggaran seperti berikut:

  • Toyota Innova 2.0X — dari RM129,677
  • Toyota Innova 2.0G — dari RM121,483
  • Toyota innova 2.0E — dari RM111,622

Enam pilihan warna ditawarkan, Medium Silver MetallicAttitude Black MicaPhantom BrownSilver MetallicSuper White II termasuk satu warna baharu, Bronze Mica Metallic. Varian Innova 2.0X pula ditambah dengan satu lagi pilihan warna iaitu Crimson Spark Red Metallic.

Perubahan kecil telah dilakukan pada model Innova 2021 antaranya jeriji dengan kemasan krom dan hitam, manakala cermin sisi diberikan perumah krom agar lebih kemas. Lampu kabusnya juga direka semula untuk menjadikan wajah depan model ini lebih menonjol.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Innova 2.0X disertakan dengan Pakej Enhancement yang merangkumi rekaan baharu pada pelapik lengkung tayar, pelapik sisi badan serta skirting sisi bagi memberikan gaya yang lebih sporty. Di belakang, kemasan di pintu telah gayakan semula untuk menampakkannya lebih lebar, sementara spoiler pada bumbungnya (hanya pada Innova 2.0X) juga diprofilkan semula untuk memperbaiki aerodinamik.

Perincian rim masih dikekalkan, dengan Innova 2.0X dilengkapi rim aloi 17-inci dengan kemasan warna Dark Grey Metallic dan dibaluti tayar bersaiz 215/55R17. Bagi Innova 2.0G dan 2.0E, rim aloi yang digunakan bersaiz 16-inci yang lebih segar dengan warna dua-tona dan tayar 205/65R16.

Kedua-dua Innova 2.0X dan 2.0G datang dengan meter Optitron berkualiti tinggi pada panel instrumennya, menjadikan paparan lebih jelas dan mudah dilihat dalam semua keadaan. Paparan Pelbagai Maklumat (MID) 4.2-inci juga tersedia, untuk maklumat pemanduan lain seperti takat minyak dan sebagainya.

Lebih banyak slot pengecas USB disediakan kali ini, dua di bahagian papan pemuka dengan satu slot tambahan untuk kerusi barisan ketiga. Semuanya didatangkan dengan ciri pengecasan pantas. Sebagai tambahan, pengecas nirwayar turut disediakan di konsol tengah, sebagai ciri pilihan untuk semua varian.

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Beberapa ciri tambahan lain untuk menambah baik aspek keselamatan turut diperkenalkan antaranya Peninjau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA) yang kini menjadi ciri standard pada varian Innova 2.0X dan 2.0G, manakala untuk varian 2.0E ia ditawarkan sebagai pilihan.

Varian Innova 2.0X dan 2.0G turut dilengkapi dengan Peninjau Pandangan Panoramik (PVM) menggunakan kamera di badan kenderaan untuk mendapatkan imej sekeliling 360-darjah. Semua varian Innova dilengkapi tujuh beg udara SRS dan semua tempat duduk barisan ketiga dilengkapi tali pinggang keledar 3-titik dengan regangan automatik.

Selain itu, ABS dengan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) juga merupakan ciri standard. Ini sekali gus membolehkan Innova menerima penarafan maksimum 5-bintang ASEAN NCAP.

Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) pula merupakan ciri standard bagi varian Innova 2.0X dan 2.0G, manakala untuk varian 2.0E, ia ditawarkan sebagai pilihan. Innova masih mengekalkan enjin yang sama, 2.0 liter DOHC empat-silinder 16-injap VVT- i petrol yang mampu menghasilkan 139 PS pada 5,600 rpm dan 183 Nm daya kilas pada 4,000 rpm yang disalurkan ke roda belakang.

Ia digandingkan pula bersama transmisi automatik Super ECT elektronik enam-kelajuan. UMWT menawarkan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan bagi model Innova, tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply