ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT serah lima unit Toyota Mirai kepada Kerajaan Sarawak

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor semalam telah menyerahkan empat unit Toyota Mirai kepada SEDC Energy dan sebuah lagi kepada Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Mirai yang membawa maksud ‘masa depan’ dalam Bahasa Jepun, menandakan titik perubahan bagi industri automotif, menawarkan alternatif yang lebih bersih dan hijau kepada pengguna.

Model sedan yang menggunakan sel bahan api hidrogen ini mempunyai jarak pemanduan seperti model sedan konvensional dan hanya memerlukan masa lima minit untuk mengisi bahan bakar.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K. berkata, selaras dengan komitmen mereka terhadap neutraliti karbon menjelang 2050, strategi pelbagai laluan Toyota bertujuan membantu masyarakat mengurangkan pelepasan di samping memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang dengan menawarkan pelbagai pilihan Kenderaan Elektrik Toyota.

Tambah beliau, langkah segera ke hadapan untuk menangani pelepasan CO2 adalah melalui Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) seperti Corolla Cross HEV dan sedang meneroka kemungkinan pengenalan model Toyota beyond Zero (bZ) untuk pasaran Malaysia.

Selain itu, Toyota juga telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersilan kenderaan sel bahan api hidrogen dalam usaha untuk mempercepatkan kenderaan berkuasa elektrik.

Kerjasama antara UMW Toyota Motor dan SEDC Energy sedia untuk memanfaatkan peluang untuk mengkaji lebih lanjut potensi teknologinya sebagai batu loncatan untuk membangunkan ekonomi rendah karbon dengan sistem sel bahan api baharu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ini mendorong ke arah alternatif yang lebih bersih dan lebih cekap untuk pelanggan yang mementingkan iklim dengan pelbagai pilihan dalam bentuk HEV, kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV) dan BEV.

Toyota telah menjual 20 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia, sekali gus mengurangkan CO2 sebanyak 160 juta tan metrik.

UMW Toyota Motor amat menghargai usaha Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, melalui anak syarikat milik penuhnya, SEDC Energy dalam melaksanakan aspirasi Kerajaan Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau negara.

Ini adalah salah satu daripada beberapa usaha yang diterajui oleh SEDC Energy dalam mencapai mobiliti hijau, bersama-sama dengan usahanya untuk membangunkan stesen pelbagai bahan api dan projek hidrogen yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply