ARKIB

KATEGORI

Buletin

VADV150 Hybrid muncul motosikal hibrid pertama di Malaysia terima pengiktirafan 5-bintang MyMAP

Berita Tempatan

Views

VADV150 Hybrid diumumkan sebagai skuter hibrid pintar pertama di Malaysia selepas menunjukkan prestasi keselamatan yang memuaskan dan berjaya mendapat pengiktirafan 5-bintang dalam Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

Mengumumkan keputusan itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), berkata, motosikal keluaran Aveta Malaysia itu menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua aspek penilaian.

“Pencapaian berkenaan adalah signifikan bagi syarikat Aveta Malaysia Sdn Bhd kerana berjaya menyediakan motosikal yang selamat bagi penunggang di Malaysia.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Motosikal skuter dengan kapasiti enjin 149 cc bertransmisi automatik dan dilengkapi dengan teknologi hibrid yang turut mendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis pengumuman pengiktirafan itu berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) turut dihadiri Pemangku Ketua Pengarah MIROS, Azhar Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Phang Ah Tong.

VAVD 150 hybrid berkenaan didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan terkini, kedua-dua brek hadapan dan belakang dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (SAF ABS), sistem brek anti kunci ini boleh meningkatkan keberkesanan brek dan kestabilan motosikal termasuk pada permukaan jalan yang basah.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Secara ringkasnya, sistem ABS motosikal membantu dalam mengekalkan kestabilan pada situasi kecemasan dan mengurangkan risiko kemalangan.

“Model ini turut dilengkapi dengan Sistem Lampu Depan Suai (Adaptive Front-lighting System) yang membantu penglihatan penunggang motosikal dalam keadaan gelap dengan melaraskan pancaran cahaya automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.

“Sistem penunjuk keadaan tayar pula membantu penunggang memeriksa keadaan tekanan angin tayar pada panel skrin, ” katanya.

VAVD 150 Hybrid adalah skuter pertama yang dipadankan dengan sistem perakam video sedia ada DVR (depan dan belakang) iaitu ciri premium yang merekod video secara berterusan dan hanya boleh diakses menggunakan aplikasi telefon selain bertindak sebagai ciri keselamatan dan sekuriti tambahan kepada pemilik kenderaan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply