ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas SUV, Baojun Yep bakal ada versi ‘trak pikap’

Berita Global

Views

Versi trak pikap model kenderaan elektrik (EV) Baojun Yep keluaran SAIC-GM-Wuling (SGMW) telah mula dipertontonkan di China.

SGMW merupakan syarikat usahasama antara syarikat SAIC, Wuling dari China dan General Motors (GM) dari Amerika Syarikat.

Syarikat ini menghasilkan jenama kereta Wuling dan Baojun di China dan produk terbaharu mereka adalah Baojun Yep.

Pada awalnya, Yep diperkenalkan dalam bentuk SUV kecil dengan rekaan ala Suzuki Jimny versi dua-pintu, dua tempat duduk dan tayar ganti yang disangkut pada bahagian belakang.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Versi pengeluaran Yep tampil dengan rekaan tiga-pintu dengan empat tempat duduk. Dari segi dimensi, ia berukuran 3,381 mm panjang, 1,685 mm lebar dan 1,721 mm tinggi dengan jarak antara gandar 2,110 mm.

Ini bermakna, Yep 604 mm lebih pendek, 40 mm lebih lebar dan 1 mm lebih tinggi daripada Suzuki Jimny. Model ini juga mempunyai ciri unik, iaitu skrin digital yang dipasang di bahagian belakang.

Sekilas pandang, ia kelihatan seperti Apple Watch yang dipasang pada kereta. Menurut Baojun, skrin ini akan membantu generasi muda untuk menzahirkan personaliti mereka.

Yep akan menggunakan motor elektrik tunggal pada gandar belakang yang menjana 67 kuasa kuda dan 140 Nm daya kilas. Kelajuan maksimanya pula mencecah 100 km/j.

Model ini juga akan ditawarkan dalan versi pacuan empat roda (4WD) yang sedang dalam pembangunan. Yep dikuasakan oleh bateri litium besi fosfat dengan jarak pemanduan sejauh 303 km (mengikut protokol CLTC).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Setakat ini versi SUVnya masih belum dilancarkan, namun versi trak pikap telah mula dipertontonkan oleh SGMW Design. Buat masa ini ia sekadar cadangan tetapi besar kemungkinan ia bakal dilancarkan kelak.

Dari segi reka bentuk luaran, ia tidak banyak berbeza dengan versi SUV. Ia berkongsi rekaan hadapan, bampar bersaiz besar, fender lebar dan cermin sisi yang agak besar.

Tetapi, bermula dari bahagian tiang-B ia diubah kepada pikap dan tayar ganti dilekatkan pada pintu belakang. Pikap ini hanya mempunyai dua-pintu dan dua tempat duduk sahaja.

Jika diperhatikan kepada visual yang ada, setidak-tidaknya ia akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu ungu, hijau dan juga biru muda (cyan).

Setakat ini tiada informasi berkaitan spesifikasinya dan besar kemungkinan ia berkongsi motor elektrik dan bateri yang sama dengan versi SUV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply