ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasuah RM5 juta, bekas CEO MARii didakwa lagi

Berita Tempatan

Views

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii), Datuk Mohamad Madani Sahari dituduh di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini di atas tuduhan meminta rasuah RM5 juta, pada 2011.

Bagaimanapun Mohamad Madani, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta suapan RM5 juta daripada seorang individu sebagai dorongan untuk dirinya membantu mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja berjumlah RM24 juta daripada sebuah syarikat subsidiari MARii.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat syarikat tersebut yang bertempat di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas di sini pada pukul lebih kurang 11 pagi hingga 3 petang, sekitar Mei 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mahkamah kemudian membenarkan Mohamad Madani diikat jamin mengguna pakai wang jaminan RM300,000 daripada kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini. Tarikh 9 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Pada 14 April lalu, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.

Tertuduh didakwa secara rasuah menerima wang itu daripada seorang individu menerusi akaun bank sebagai upah kerana telah membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply