ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Hilux 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM93,880

Berita Tempatan

Views

Setelah menyiarkan beberapa siri iklan acah sejak beberapa hari lalu, Toyota Malaysia akhirnya membuka tempahan bagi model trak pikap Hilux 2020. Lima pilihan varian bakal ditawarkan terdiri daripada varian tambahan baharu Double Cab 2.4 E A/T, Double Cab 2.8 Rogue A/T, Double Cab 2.4 V A/T, Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4.

Hilux 2020 dikuasakan oleh enjin 1G-FTV turbodiesel 2.8 liter yang diberi penalaan semula, membolehkannya menjana output sebanyak 204 kuasa kuda dan 500 Nm daya kilas, jauh lebih berkuasa dari enjin sebelumnya. Walaubagaimanapun 2GD-FTV 2.4 liter turbodiesel masih lagi mengekalkan ouput yang sama.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Toyota Malaysia menawarkan lapan pilihan warna untuk Hilux 2020 iaitu warna baharu Bronze Mica Metallic, Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II manakala satu lagi warna hanya ditawarkan untuk varian Single Cab iaitu Solid White.

Dari segi penampilan, Hilux 2020 tampil dengan rekaan luaran yang lebih moden dan kemas terutama sekali di bahagian belakang dengan lampu jejalur LED yang membentuk seakan angka 8 yang dibahagi dua. Selain itu, sistem suspensi model ini turut dipertingkatkan, dengan penalaan dibuat pada spring jenis dedaun belakang selain menggunakan set bushing baharu.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Buat masa ini Toyota Malaysia masih lagi belum mengeluarkan perincian mahupun spesifikasi model ini. Apa yang pasti ia akan ditawarkan dengan sistem keselamatan terkini Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Jelajah Radar Dinamik dan Amaran Terjajar Lorong dengan kawalan olengan.

Selain itu Hilux 2020 turut ditawarkan dengan Sistem Telematik Kenderaan (VTS) serta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Toyota Malaysia turut menawarkan jaminan selama 5-tahun tanpa had perbatuan yang akan bermula pada hari pertama trak pikap ini didaftarkan.

Berikut adalah senarai harga anggaran Hilux 2020 mengikut varian:

  • Hilux Single Cab 2.4 (MT) 4X4 – Dari RM93,880.00
  • Hilux Double Cab 2.4 G (MT) 4X4 – Dari RM112,880.00
  • Hilux Double Cab 2.4 E (AT) 4X4 – Dari RM109,880.00
  • Hilux Double Cab 2.4 V (AT) 4X4 – Dari RM134,880.00
  • Hilux Double Cab 2.8 Rogue (AT) 4X4 – Dari RM148,880.00

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Hilux 2020 untuk pasaran Thailand

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply