ARKIB

KATEGORI

Buletin

VinFast jalin kerjasama dengan firma Israel, StoreDot – Bangunkan bateri EV yang boleh dicas 80 peratus dalam tempoh lima minit sahaja!

Berita Global

Views

VinFast telah memeterai tiga kerjasama strategik dengan beberapa syarikat industri yang diharap bakal menjadikan kenderaan elektriknya sebagai peneraju pasaran. Yang pertama, mereka mengumumkan kolaborasi dengan firma dari Israel, StoreDot untuk membangunkan teknologi pengecasan ultra-pantas.

Syarikat penyelidikan bateri itu berkata, teknologi yang mereka hasilkan mampu mengecas 80 peratus kapasiti bateri 65 kWh hanya mengambil masa lima minit!

Menurut StoreDot, teknologi yang dibangunkan mereka menggantikan grafit dalam sel anod bateri dengan “metalloid skala nano” serta organik proprietari yang disintesis dan “sebatian tidak organik yang direka khas dan disintesis” bagi mempercepatkan proses pengecasan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

StoreDot sebelum ini telah mengadakan kerjasama dengan BP, Samsung, dan Daimler dan teknologinya telah pun diperkenalkan ke telefon bimbit, dron dan e-skuter.

Kerjasama kedua adalah dengan ProLogium dari Taiwan, yang kini sedang membangunkan bateri solid-state yang mempunyai ketumpatan tenaga tiga kali lebih tinggi daripada litium ion dan kurang risiko kebakaran.

Difahamkan ada pengeluar lain, sebagai contoh yang Fisker tidak lagi mahu meneruskan pembangunan bateri jenis ini. Menurut mereka, pembangunan pada fasa 10 peratus terakhir adalah jauh lebih sukar berbanding 90 peratus yang pertama.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Sungguhpun begitu, teknologi ini masih lagi menarik minat pengeluar lain untuk membangunkannya kerana ia akan menjadikan EV lebih ringan dan dipandu lebih jauh. Akhir sekali, VinFast turut memeterai memorandum persefahaman dengan Gotion High-Tech, pengeluar bateri utama dari China.

Syaikat ini dikenali dengan bateri litium besi fosfat (LFP) yang dicipta untuk menjadikan baterinya lebih mudah berbanding bateri litium-ion untuk kenderaan yang tidak memerlukan jarak yang jauh. Selain kerjasama dengan syarikat-syarikat berkenaan, VinFast berkata bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) mereka kini sedang membangunkan pelbagai projek.

Pengerusinya, Thuy Le berkata, mereka juga akan membina fasiliti pengeluaran bateri di Eropah dan Amerika Syarikat bersama dengan kilang sedia ada di Vietnam bagi menyokong cita-cita EV globalnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply