ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tarok buat kemunculan sulung di São Paulo International Motor Show 2018

Views

Setelah seminggu mengacah, akhirnya Volkswagen memperkenalkan trak pikap konsep yang diberi nama Tarok di São Paulo International Motor Show 2018. Menurut Volkswagen, versi pengeluaran bakal menyusul dan apa yang menarik, ia “hampir tidak ada perubahan” dengan apa yang dipamerkan.

Tarok tampil bergaya terutama sekali dari arah depan dengan jalur lampu yang membentuk jeriji dan bersambung dengan lampu hadapan. Kemasan metalik pada tiang-C pula memberikan kontras dengan bahagian belakang. Trak konsep ini turut dilengkapi dengan bumbung suria panorama dan jalur lampu belakangnya pula seakan bersambung di sepanjang pintu belakang.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Rekaan kabinnya pula nampak ringkas, kemas dan moden. Ia menampilkan panel instrumen digital dan skrin didik hibur (infotainment) yang bersaiz besar, namun kami tidak pasti sama ada ia akan turut dibawa ke versi pengeluaran nanti. Tarok mampu mengangkut bebanan sehingga 1,000 kilogram dan ruang kargonya amat fleksibel kerana ia boleh ditambah dengan melipat tempat duduk belakang selain ia boleh dipanjangkan.

Trak pikap konsep ini dikuasakan oleh enjin empat-silinder 1.4-liter dengan pengecas turbo yang mampu menjana 148 kuasa kuda dan digandingkan bersama dengan transmisi enam-kelajuan automatik dan sistem pacuan semua-roda. Enjin ini menggunakan bahan bakar etanol atau campuran petrol-etanol. Namun untuk versi pengeluaran, Tarok akan mendapat penjana tenaga yang berbeza kerana hanya ada unit 2.0-liter turbodiesel berkuasa 148 kuasa kuda semasa pelancarannya nanti.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply