ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Damage Repair Centre terbesar di Malaysia dirasmikan, miliki sistem tercanggih Car-O-Liner

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat Volvo Car Damage Repair Centre yang terbaharu dan terbesar di Malaysia.

Terletak di Juru, Pulau Pinang, pusat baikpulih kenderaan ini dilengkapi sistem moden dan termaju yang selaras dengan teknologi hijau yang terkini bagi memastikan kerja-kerja baik pulih badan kereta dan cat berkualiti tinggi.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, pembukaan fasiliti ini menandakan komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan yang terunggul kepada para pelanggan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Volvo Car Damage Repair Centre mempunyai keluasan binaan 40,000 kaki persegi, dan dilengkapi teknologi yang terkini serta para juruteknik yang mahir.

Pusat ini berkeupayaan untuk mengendalikan jumlah kereta Volvo yang banyak, pada masa yang sama mampu memastikan kecekapan operasi, pembaikan berkualiti dan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan.

Ia direka bentuk secara moden dan praktikal untuk melengkapi estetik berunsur Scandinavia yang dibawa oleh jenama Volvo bersama sistem termaju seperti sistem pemeriksaan dan pembaikan kenderaan termaju, Car-O-Liner.

Sistem penjajaran badan dan casis yang canggih dan jitu ini membolehkan juruteknik mengesan segala kerosakan, termasuklah yang mungkin tidak dapat dilihat pada mata kasar.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dengan Car-O-Liner, kerangka badan kereta yang rosak boleh dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat untuk memastikan kepuasan pelanggan.

Pusat ini juga mempunyai ruang mengecat yang khusus iaitu bilik adunan cat PIVAB dan ruang semburan cat PIVAB.

Teknologi ini mampu mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan pada masa yang sama boleh memastikan kualiti cat yang terbaik.

Pusat servis khas di Juru, Pulau Pinang terletak di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply