ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Malaysia acah foto Creta, seteru Proton X50 dan Honda HR-V bakal dilancar selepas Raya?

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Hyundai Malaysia siang tadi mula mengacah foto bakal model baharunya untuk tahun ini. Meskipun hanya nampak kelibat bayang dan bentuk lampu belakangnya, ia kelihatan seperti sebuah SUV kompak.

Pada penghujung Disember lalu, Hyundai Malaysia telah pun mengacah warganet dengan empat model baharu yang akan tiba pada tahun ini.

Antara model yang akan dilancarkan nanti adalah IONIQ 6, SUV kompak Creta, serta dua model yang dikemaskini (facelift) iaitu Santa Fe dan Palisade.

Ini bermakna, tidak syak lagi model yang diacah itu adalah Creta. Model SUV kompak yang berkongsi pelantar dengan KIA Seltos masih lagi belum dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Kelibat unit ujiannya tanpa mengenakan sebarang pelitup penyamaran pernah dikesan oleh rakan pembaca Qayyum Hamid berhampiran Plaza Tol Sungai Besi dalam artikel terdahulu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Model ini telah pun tiba di negara jiran seperti Indonesia dan juga Thailand manakala untuk pasaran Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mungkin memasangnya secara tempatan (CKD).

Creta dijana oleh enjin aspirasi alami (NA), Smartstream 1.5-liter petrol yang menghasilkan output sebanyak 115 PS dan 143.8 Nm daya kilas.

Di Indonesia, enjin ini disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan manual, tetapi ada kemungkinan untuk pasaran Malaysia ia mungkin ditawarkan dengan transmisi CVT yang dikenali sebagai iVT.

Pada Disember 2022 juga, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk dua model terbaharu keluaran Hyundai, iaitu Creta dan Stargazer.

Kedua-dua model ini juga menjadi model Hyundai pertama yang dinilai di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025.

Creta lulus dengan cemerlang dan telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 75.78 mata.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Hyundai Creta:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 34.72 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 15.56 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 14.08 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 11.42 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

SUV kompak ini dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti 2 atau 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang hadapan dan cagak ISOFIX.

Ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri lain antaranya, Brek Kecemasan Autonomi (AEB Bandar dan Antara-Bandar), AEB Pejalan Kaki, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pancaran Lampu Tinggi Auto (AHB) dan Pengesanan Titik Buta (BSD).

Adakah ini petanda awal yang Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan melancarkan Creta dalam masa terdekat?

Kami menjangkakan ‘seteru’ kepada Proton X50 dan Honda HR-V generasi baharu akan dilancarkan selepas cuti sambutan perayaan Aidilfitri. Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hyundai Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply