Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini meraikan rakan-rakan pengedar dalam majlis Anugerah Terbaik 2022 (Dealer of the Year Awards) bertempat di The Westin Desaru Coast Resort, Johor.
Anugerah Pengedar Volkswagen mengiktiraf dan meraikan para pengedar dan kakitangan di atas pencapaian mereka dalam menyokong jenama Volkswagen di Malaysia sepanjang tahun 2022.
Acara berkenaan dihadiri oleh wakil-wakil daripada kesemua 17 pengedar dalam rangkaian Volkswagen di seluruh negara. Empat anugerah telah disampaikan di bawah kategori Pengedar Terbaik.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Kriteria penilaian dan pemarkahan dibuat berdasarkan kepada usaha pengedar dari segi jualan, pemasaran, selepas jualan, kepuasan pelanggan, pematuhan standard pengedar dan kelayakan tenaga kerja.
Prestasi pengedar tersebut dipantau bermula Januari hingga Disember 2022. Anugerah Pengedar Terbaik diberikan kepada Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar) yang sebelum ini pernah menerima anugerah sama pada 2021.
Berikut adalah senarai penerima anugerah Pengedar Terbaik yang lain:
- MHV Autohaus (Volkswagen Gombak) – tempat kedua
- Goh Brothers Motor (Volkswagen Juru) – tempat ketiga
- PHS Autohaus (Volkswagen Puchong) – kategori Das WeltAuto
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Selain itu, bakat-bakat dalam rangkaian Volkswagen turut diberi pengiktirafan di atas prestasi luar biasa mereka sebagai Pengurus Jualan, Perunding Jualan, Pengurus Selepas Jualan, Pengurus Alat Ganti, Penasihat Servis dan Juruteknik.
Antara kriteria yang dinilai termasuklah sasaran jualan dan selepas jualan, kepuasan pelanggan, pematuhan ke atas proses dan prosedur, menghadiri latihan yang telah ditetapkan serta kelayakan.
Berikut adalah enam penerima anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan ialah:
- Chong Sze Yan dari WN Motorworld sebagai Pengurus Jualan Terbaik
- Azharul Sham Hamsah dari MHV Autohaus sebagai Perunding Jualan Terbaik
- Loh Sing Hoong dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Selepas Jualan Terbaik
- Muhammad Izzat Che Adnan dari Lee Motors Autohaus sebagai Pengurus Alat Ganti Terbaik
- Soo Boon Hou dari Goh Brothers Motor sebagai Penasihat Servis Terbaik
- Khairul Humaidi Shamsudin dari N3 Auto sebagai Juruteknik Terbaik
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI