ARKIB

KATEGORI

Buletin

Atiara Johan rasmi pusat 3S baharu Proton di Puncak Jalil

Berita Tempatan

Views

Pengedar sah Proton, Atiara Johan Group (Atiara Johan) hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S baharu Jaya Johan Sdn Bhd yang terletak di Puncak Jalil. Pusat 3S baharu itu turut dengan dilengkapi sistem solar.

Ia juga menempatkan bilik pameran yang luas, 10 ruang servis dan pusat alat ganti, perkhidmatan memperbaharui insuran serta ruang menunggu yang lengkap dengan hidangan makanan dan minuman.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pusat 3S ini mampu menampung kapasiti sehingga 60 kereta sehari. Selain itu, perkhidmatan perantara untuk menghantar dan mengambil turut disediakan bagi kemudahan pelanggan yang tinggal berdekatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Atiara Johan, Eric Moo berkata, lokasinya yang strategik berdekatan dengan Bukit Jalil dan Taman Equine, memudahkan pelanggan di kawasan sekitar untuk melawat dan menghantar kereta mereka untuk diservis dan pembaikan.

Tambah beliau, walaupun ia merupakan pusat 3S, pihaknya juga menyediakan kerja-kerja mengecat badan kenderaan dengan sokongan pusat 4S Atiara Johan Sdn Bhd di Puchong.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bukan itu sahaja, Atiara Johan Group juga merupakan salah satu pengedar yang layak untuk menjual model terbaharu Proton iaitu X90.

Pusat 3S baharu ini merupakan cawangan ketiga Proton bagi Atiara Johan Group. Syarikat tersebut turut memiliki pusat 1S dan 4S Proton di Puchong.

Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, sila hubungi talian 017-6530988 atau terus ke pusat 3S berkenaan yang terletak di T 59674, Persiaran Puncak Jalil, Taman Puncak Jalil, PJU 6, 43300 Seri Kembangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply