ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus acah model crossover kompak LBX, ‘kembar’ Yaris Cross TNGA-B buat debut 5 Jun ini!

Berita Global

Views

Lexus mula menyiarkan ‘iklan acah’ sebuah SUV kompak premium, dikenali sebagai LBX yang bakal diperkenalkan pada 5 Jun ini di Milan, Itali.

Setakat ini tiada sebarang informasi mengenai LBX, namun berkemungkinan besar ia merupakan kembar kepada Yaris Cross dalam bentuk lebih mewah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya kerana Lexus sudah mempunyai crossover bersaiz ‘kecil’ iaitu UX, tetapi jika berpandukan kepada dimensi Yaris Cross dengan 4,200 mm panjang, ia sememangnya jauh lebih kecil.

Desas-desus mengenai crossover ‘tahap rendah’ Lexus ini mula bertebaran di alam maya sejak Mei 2020 lagi. Pada ketika itu, ia diwar-warkan bakal mengguna nama “BX”, sebelum tanda dagang nama “LBX” didaftarkan sebagai nama rasmi.

Model ini dibina dari pelantar TNGA-B yang turut dikongsi bersama dengan model supermini, Yaris. Ia berkemungkinan versi hibrid pacuan semua roda yang dijana enjin 1.5-liter petrol yang digandingkan bersama motor elektrik yang menjana 114 kuasa kuda.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Rangkaian kuasa ini dipadankan bersama pilihan transmisi CVT. Dari segi pecutan, kembarnya iaitu Yaris Cross mampu memecut dari 1-100 km/j dalam masa 11.8 saat.

*Impresi artis

Yaris Cross juga mempunyai pilihan enjin bukan-hibrid dengan pacuan roda hadapan yang dijana enjin 1.5-liter dengan output 123 kuasa kuda. Enjin ini digandingkan bersama pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau CVT.

Iklan acah LBX telah disiarkan menerusi saluran media sosial Lexus Eropah, sekali gus memberi petunjuk yang model tersebut mungkin hanya akan ditawarkan di benua tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply