ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wajah Proton X90 (VX11) diperlihatkan dalam klip video, ini fakta ringkas menarik SUV tersebut

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, wajah sebenar model SUV ketiga Proton, iaitu X90 (VX11) telah diperlihatkan menerusi satu klip video berdurasi 1 minit 1 saat di akaun Facebook Proton Cars sejak malam tadi.

Video tersebut merupakan sedutan rangkuman majlis pelancaran rangkaian ‘stamping‘ D-Line baharu dan upacara ‘line-off di Tanjung Malim yang berlangsung baru-baru ini.

Pada penghujung video tersebut kita dapat menyaksikan sebuah X90 (VX11) berwarna Deep Marine Blue (warna baharu), dipandu keluar dari barisan pengeluaran.

Ia memperlihatkan rekaan jeriji Infinite Weave serba baharu, dan boleh dikatakan ia lebih mirip kepada kembarnya di Filipina, iaitu seperti Geely Okavango terutama bentuk lampu hadapan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tidak seperti Geely Hao Yue di China, kedudukan lampu signal jenis LED berurutan X90 (VX11)/Geely Okavango berada di bawah, manakala Hao Yue naik sedikit ke tengah. Yang lain boleh dikatakan hampir sama.

X90 (VX11) kini berada pada fasa pengeluaran massa dan menurut ejen perisik Mat Bond, ia akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Mei atau Jun 2023, bertempat di Tanjung Malim.

Besar kemungkinan, majlis pelancarannya nanti akan disempurnakan oleh Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan dalam masa terdekat ada sesi pratoton secara tertutup model tersebut di Shah Alam.

Seperti yang telah kita sedia maklum, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Ada enam pilihan warna yang bakal ditawarkan iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan termasuk warna baharu, Deep Marine Blue.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Ia bakal ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Selain itu, pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar turut mengesahkan ia bakal ditawarkan dengan pilihan varian ‘mild’ hibrid (MHEV) yang menggandingkan enjin 1.5TGDi (1.5 TD) bersama dengan Belt Start Generator (BSG) berkuasa 48-Volt.

X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).

Ada ura-ura mengatakan X90 (VX11) akan ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu tujuh tempat-duduk dan juga enam tempat-duduk (Captain Seat).

Proton menyasarkan pengeluaran kira-kira 1,500 unit sebulan untuk X90 (VX11) dan anggaran tanda harganya dijangka akan mencecah RM100k bergantung kepada varian. Berkemungkinan, tanda harganya adalah lebih rendah berbanding X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply