ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat lelaki ‘halau’ geng Mat Motor dengan kayu

Tular

Views

Polis akan menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang lelaki yang memegang objek berupa kayu di tepi jalan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan itu dilakukan berdasarkan rakaman video tular di TikTok petang semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat Geliga, jam 6.45 petang Sabtu.

Pihaknya turut mengesan semua pihak yang terbabit dalam kejadian berkenaan untuk siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian itu diminta tampil menghubungi polis.

Hanyan berkata, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang menimbulkan rasa tidak berpuas hati dan sebaliknya perlu melaporkan kepada polis.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Polis juga menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Video tular berkenaan memperlihatkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan memegang objek dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan pemuda bermotosikal yang melalui tempat kejadian. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply