ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warna kelabu baharu Yamaha NMax 2021 memang menawan kalbu!

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan dua warna kelabu baharu skuter NMax 2021 iaitu Power Grey dan Icon Grey. Kedua-dua juga mempunyai perbezaan dari segi reka corak pada pelekat grafik pada bahagian badan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ia masih mengekalkan enjin sejukan cecair 4-lejang SOHC 4-injap dengan sesaran 155cc yang mampu menjana kuasa maksimum 15.4 PS dan 13.9 Nm daya kilas. Dari segi keselamatan, NMax 2021 dilengkapi dengan brek jenis cakera tunggal hidraulik berdiameter 230 mm.

Sistem suspensi depannya pula adalah jenis teleskopik manakala di bahagian belakang dia dilengkapi dengan unit ayunan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Antara ciri lain pada skuter ini adalah sistem henti dan mula (stop and start), soket 12V, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 23.3 liter, lampu utama jenis LED dengan enam mentol, lampu keselamatan hazard, panel meter jenis LCD yang lebih lebar dan juga butang menu.

NMax 2021 warna kelabu ini masih mengekalkan harga RM8,998 (tidak termasuk insuran dan kos pendaftaran) dan bagi setiap pembelian akan menerima kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply