ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zeekr X buat kemunculan sulung, reka bentuk futuristik tapi agak pelik

Berita Global

Views

Memperkenalkan Zeekr X! Sebelum ini ia dikenali dengan Zeekr 003. Ia merupakan kenderaan ketiga Zeekr selepas model sedan Zeekr 001 dan MPV, Zeekr 009.

Zeekr X menampilkan gaya reka bentuk yang liar, radikal dan lain dari yang lain, namun kelihatan agak pelik. Terutama di bahagian belakang dengan tingkap yang sangat kecil dan jejalur lampu LED yang nipis.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Antara keunikan reka bentuk Zeekr X adalah garis tengah yang tinggi, pintu nirbingkai, pemegang pintu tersorok, gerbang tayar kemasan hitam berkilat dan warna badan dwitona.

Model ini dibangunkan dari pelantar SEA Geely dan dari segi saiz pula, ia setanding dengan smart #1 dan Volvo XC30 yang turut berkongsi pelantar yang sama.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dijangka Zeekr X akan berkongsi rangkaian kuasa dengan smart #1, iaitu unit pacuan-roda belakang (200 kW) dan pacuan-semua roda (200 kW di belakang dan 115 kW di hadapan).

Zeekr berkata, versi berprestasi-tinggi X mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 3 saat. Dari segi dimensi Zeekr X berukuran 4,450 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,572 mm tinggi dan jarak antara rodanya pula, 2,750mm.

Zeekr X akan tiba ke pasaran China seawal Suku kedua (Q2) tahun ini. Kemudian ia akan merantau ke pasaran Eropah, bermula dari bahagian Utara seperti di negara Norway, Belanda dan Sweden.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply