ARKIB

KATEGORI

Tular

Baling botol arak ke jalan raya, polis kenal pasti lelaki dalam video tular

Tular

Views

Individu yang dirakam membaling botol minuman keras ke arah jalan raya Lebuhraya Akleh, berhampiran susur keluar ke Jalan Sultan Ismail, sudah dikenal pasti.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pada masa ini proses mengesan suspek sedang dilakukan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan mengesannya sedang dilakukan.

“Polis juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, perbuatan iaitu suatu kesalahan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis KL di talian 03-2115 9999.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Rakaman video berdurasi 1 minit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi TikTok atas nama @syrupboy memaparkan kejadian seorang lelaki membaling botol.

Berdasarkan rakaman itu suspek seorang lelaki membaling botol dari sebuah residensi mewah di Jalan Cendana, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Botol berkenaan dibaling ke arah jalan di Lebuhraya Akleh dari arah Ampang menuju ke pusat bandar raya, ketika kesesakan berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply