ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton ‘buka langkah’ 2023 dengan baik, jual 11,681 unit pada bulan Januari

Berita Tempatan

Views

Proton memulakan tahun 2023 dengan peningkatan jualan sebanyak 162.3 peratus dari tahun ke tahun dengan 11,681 unit (domestik dan eksport) dijual pada bulan Januari. Ia membolehkan mereka kekal di tempat kedua dalam carta jualan.

Pegangan pasaran Proton bagi bulan Januari dianggarkan 22.9 peratus, meningkat lebih 12 peratus dari tahun ke tahun dan bertambah lebih 3 peratus daripada pegangan pasaran sebanyak 19.6 peratus untuk keseluruhan tahun 2022.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk bulan Januari dianggarkan pada 51,000 unit, iaitu meningkat sebanyak 22.8 peratus dalam jumlah jualan kenderaan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Krisis kekurangan bekalan komponen pada tahun 2022, turut menjejaskan jualan model Persona akibat kekurangan cip.

Dengan bekalan cip kini lebih stabil, jumlah jualan Persona kembali meningkat membolehkannya kembali sebagai pendahulu dalam carta jualan sedan segmen-B dengan jualan 2,039 unit.

Ini merupakan bulan kedua berturut-turut model itu melebihi ambang 2,000 unit. X50 merupakan SUV paling popular negara pada tahun lepas dan model itu meneruskan trendnya pada tahun baharu ini.

Sebanyak 2,992 unit terjual pada bulan Januari, lantas mengekalkannya di tangga teratas carta jualan segmen-B dan keseluruhan bagi genre SUV. X70 pula berjaya dijual sebanyak 993 unit bulan lalu, meletakkannya di tempat kedua dalam segmen-C.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bagi model yang lain pula, Saga merupakan model terlaris dengan 4,788 unit dijual manakala jualan Iriz melonjak sebanyak 111 peratus dari tahun ke tahun untuk mengakhiri bulan dengan 597 unit dijual.

Exora pula mengekalkan kedudukan sebagai raja MPV segmen-C apabila 332 unit telah dijual bulan lalu. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, bulan Januari tahun ini adalah yang terbaik buat mereka sejak tahun 2013.

Pihaknya menjangkakan aliran ini akan berterusan untuk suku pertama tahun ini kerana mereka mesti memenuhi pesanan tertunggak yang dikecualikan daripada SST menjelang 31 Mac.

Tambah beliau lagi, dengan fasiliti baharu yang akan beroperasi di kilang Tanjung Malim, penambahan kepada rangkaian jualan, pelaburan infrastruktur mengecas EV dan penambahan model konvensional dan EV kepada barisan model Proton, pihaknya yakin akan mampu mencapai keputusan yang positif pada akhir tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply