ARKIB

KATEGORI

Buletin

1,000 pemandu lori berhimpun serah memorandum kepada JPJ

Berita Tempatan

Views

Hampir 1,000 pemandu lori berhimpun bagi menyerahkan memorandum terhadap operasi penguatkuasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, di sini, semalam.

Memorandum berkenaan diserahkan wakil Persatuan Pengusaha dan Pemandu Lori Kelantan, Azam Daud kepada wakil Pengarah JPJ negeri, Mohd Misuari Abdullah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Azam mendakwa operasi penguatkuasaan agensi berkenaan sejak kebelakangan ini dilihat semakin menindas pemandu dan pengusaha lori yang hanya mencari rezeki untuk keluarga mereka.

“Kami adalah pengusaha yang terbabit dalam sektor pengangkutan di Kelantan dengan secara tidak langsung turut berperanan dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negeri.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Sejak awal bulan ini, operasi penguatkuasaan yang dibuat semakin ketat sekali gus menjejaskan punca pendapatan mereka. Pihaknya menyerahkan tujuh tuntutan untuk dilihat oleh pengurusan atasan JPJ.

Menurutnya, pihaknya memohon agar satu dialog terbuka antara wakil kerajaan dengan wakilnya dapat dibuat bagi mencari penyelesaian.

Katanya, memorandum yang diserahkan itu diharapkan dapat diambil perhatian oleh pengurusan atasan JPJ sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Kelantan

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply