ARKIB

KATEGORI

Tular

Terjatuh dari Honda City, kanak-kanak lelaki dilanggar Perodua Ativa buat pusingan U

Tular

Views

Seorang budak lelaki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terjatuh dari pintu belakang sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat depan Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu semalam.

Video kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi apabila kamera pemuka (dashcam) sebuah kereta sempat merakam kejadian tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Berdasarkan video itu, sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu sedang membuat pusingan U di lampu isyarat yang terletak di depan kompleks beli-belah itu.

Semasa sedang melakukan pusingan, pintu belakang sebelah kiri kereta itu tiba-tiba terbuka sebelum seorang kanak-kanak terjatuh dari kereta tersebut.

Sebuah kereta Honda City yang berwarna putih yang berada di belakang kenderaan itu sempat mengelak, namun sebuah SUV jenis Perodua Ativa kemudiannya merempuh kanak-kanak tersebut.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Rempuhan itu mengakibatkan budak itu jatuh tergolek sebelum bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga pergi ke arah sebuah motosikal yang dinaiki sebuah keluarga.

Penunggang motosikal itu kemudiannya dilihat mendukung dan menenangkan budak itu sebelum membawanya ke arah kereta yang dinaiki kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply