ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anda penerima Bantuan Sara Hidup? Layak ke tidak untuk terima bantuan subsidi petrol? Semak status anda sekarang!

Info

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, bermula semalam (15 Oktober 2019), 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan subsidi petrol boleh menyemak kelayakan mereka di portal rasmi Program Subsidi Petrol (PSP) menerusi pautan ini.

Menurut beliau, data penerima PSP daripada golongan B40 adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan. Data ini disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Silang semak dilakukan berdasarkan kriteria pemilikan kenderaan yang layak untuk bantuan PSP. Hasil silang semak ini, kementerian telah mengenal pasti 2.9 juta penerima bantuan PSP daripada golongan B40 yang layak untuk menerima subsidi ini.

Walaubagaimanapun, beliau ingin menekankan bahawa data ini masih memerlukan penambahbaikan dan ingin memohon rakyat dalam kategori B40 untuk menyemak status mereka. Sekiranya nama anda tercicir, boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan di dalam portal PSP.

Jika anda:

  • Daripada golongan yang layak menerima BSH dan memiliki kenderaan sepertimana kriteria dalam PSP tetapi belum berdaftar dengan BSH, diminta untuk segera mendaftar BSH dengan Kementerian Kewangan.
  • Penerima BSH tetapi baru membeli kenderaan yang layak, sila mendaftar kenderaan anda dengan JPJ dan membuat permohonan baru di portal PSP.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain daripada kriteria di atas, sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Kementerian melalui saluran berikut:

Datuk Seri Saifuddin juga ingin mengingatkan bahawa semakan kelayakan hari ini belum lagi termasuk golongan bukan penerima BSH yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2020. Proses serta tarikh permohonan baru untuk penerima PSP daripada golongan bukan penerima BSH akan diumumkan setelah butiran pelaksanaannya diperhalusi bersama Kementerian Kewangan.

Kerajaan komited untuk berkerjasama dengan semua pihak bagi membangunkan pangkalan data penerima supaya tiada golongan yang layak akan tercicir daripada menerima bantuan PSP. Jadi apa tunggu lagi, jom semak kelayakan anda sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply