ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan belum sedia bagi ‘lampu hijau’ untuk terbangkan kereta terbang

Berita Tempatan

Views

Nampaknya hasrat kita untuk melihat kereta terbang pertama negara meluncur di ruang udara tahun ini mungkin tidak kesampaian kerana kerajaan masih belum bersedia membenarkan pengusaha menerbangkan kereta terbang di negara ini susulan peraturan dan perundangan berkaitan inovasi itu belum siap digubal.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata program kereta terbang itu adalah inisiatif swasta, justeru kerajaan tidak mengawal perkembangan inovasi itu jika terdapat kelewatan pada tarikh pelancarannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Sebaliknya, tugas kerajaan adalah untuk membantu usahawan dengan menyediakan ruang, perundangan dan peraturan supaya inovasi seperti kereta terbang dapat berlaku di negara ini. Katanya, kerana itu pihaknya mengadakan rundingan dengan kementerian dan agensi penguatkuasaan berkaitannya supaya bila kereta itu siap kelak ia boleh diterbangkan.

Pihaknya hanya dimaklumkan perkembangannya dan berdasarkan makluman itu ia (kereta terbang) hampir siap walaupun terdapat kelewatan bukan pada Oktober (untuk dilancarkan). Tambahnya lagi, tiada sasaran masa yang ditetapkan untuk pembangunannya, namun kerajaan masih belum bersedia untuk membenarkan mereka menerbangkannya.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini selepas melancarkan Persidangan Masa Depan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama dua hari bermula hari ini. Ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat Julai lalu, Redzuan memaklumkan prototaip kereta terbang pertama Malaysia dijangka akan dilancarkan kepada umum seawal Oktober tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kelewatan itu mungkin berpunca daripada penerapan teknologi baharu dalam pembangunan inovasi terbabit. Katanya, bila bercakap soal teknologi, ia sentiasa berubah dan berkembang dengan pantas setiap masa. Mungkin syarikat terbabit sedang menerapkan teknologi baharu sehingga menyebabkan kelewatan. Ujarnya lagi, perlu diingat ini adalah inisiatif swasta, maka ia tidak menggunakan duit kerajaandan kerana itu beliau merasakan mereka masih dalam landasan yang betul dalam membangunkannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply