ARKIB

KATEGORI

Buletin

Angka jualan Proton tunjuk tanda pemulihan – 5,676 unit kenderaan berjaya dijual pada bulan Mei

Berita Tempatan

Views

Ketika negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Proton berjaya menjual sebanyak 5,676 unit kereta pada bulan Mei dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 23.3 peratus. Bagi bulan sama pada tahun lalu, jualan syarikat telah dicatatkan sebanyak 10,611 unit, perbezaan sebanyak 46.5 peratus dan ia menggambarkan keadaan pasaran yang sangat mencabar akibat wabak COVID-19.

Walaupun hanya menjual 5,676 unit pada bulan Mei, jualan Proton sebenarnya naik 73.2 peratus berbanding bulan Mac disebabkan mereka perlu mematuhi piawaian prosedur operasi sepanjang PKPB. Jumlah jualan dari awal tahun sehingga kini menyusut sebanyak 23.3 peratus untuk lima bulan pertama tahun 2020 manakala Jumlah Keseluruhan Industri pula dianggar turut menurun sebanyak 48.7 peratus bagi tempoh yang sama.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Proton kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini pada 21.1 peratus, selari dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini. Empat model mencatatkan jualan tertinggi dalam segmen pasaran masing-masing dan salah satu daripadanya adalah X70. Bulan lalu ia telah dipertingkatkan dengan penapis kabin N95 iaitu Sistem Pembersih Udara Pintar PROTON (P-IAPS).

Penapis baharu tersebut turut ditawarkan kepada pemilik sedia ada X70 dengan harga hanya RM79, tidak termasuk kos pekerja. Saga terus menjadi model pilihan pembeli di Malaysia dan berjaya menjadi sedan segmen A paling popular pada bulan Mei. Persona pula merupakan model terlaris bagi sedan segmen B sementara Exora kekal menjadi pilihan utama bagi pasaran MPV segmen C.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, PKP dan PKPB telah memberi kesan kepada setiap aspek ekonomi negara termasuk industri automotif yang sedang dalam proses pemulihan. Tambah beliau, Proton memerlukan beberapa bulan lagi untuk mendapatkan ketepatan bacaan keadaan pasaran ekonomi tetapi mereka yakin akan dapat melihat peningkatan prestasi yang stabil untuk baki tempoh tahun ini.

Untuk bulan Jun, pelanggan yang membeli X70 layak untuk menikmati pembiayaan percuma bagi tahun pertama, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan. Mulai 10 Jun, Proton akan memperkenalkan satu program khas bagi menghargai petugas barisan hadapan Malaysia khususnya para jururawat, doktor, anggota polis dan tentera serta kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program Perlindungan Credit Shield bakal menawarkan perlindungan insurans peribadi sehingga RM50,000 selama lima tahun termasuk kematian, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal kepada mereka yang layak yang membeli mana-mana model Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply