ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bakal pengganti Messi, Toyota bina robot autonomi berkuasa hidrogen yang pandai menendang bola bernama Pixi

Berita Global

Views
Toyota Engineering Society Hydrogen Fuel Cell PIXI Soccer Robot - Event Highlights

Kalau sebut nama Toyota, yang pasti apa yang terlintas di fikiran kita adalah automobil. Ya, sebab mereka memang cukup tersohor dalam bab itu. Malah, jenama tersebut menjadi peneraju industri sejak berdekad lamanya.

Sebenarnya Toyota juga merupakan pelopor kepada teknologi baharu dan terkini. Syarikat tersebut telah menubuhkan Toyota Engineering Society (TES) sejak 1947, yang memberi tumpuan khusus kepada projek yang berkaitan dengan automobil.

Namun, pada 2017 TES telah mula berjinak-jinak dalam pembuatan robot dan ciptaan terkini mereka robot berkuasa hidrogen, telah menunjukkan bakat terpendamnya iaitu menendang bola.

Sepanjang membangunkan robot yang bernama Pixi itu memang banyak cabarannya. TES hanya mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang robotik, tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya menghasilkan model pertama lebih awal.

Pixi mampu menendang bola pada kelajuan 30 hingga 40 kilometer sejam, sekali gus memberikan keyakinan buat TES untuk meneruskan pembangunannya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Walaubagaimanapun, mereka perlu ‘turun ke padang’ dan mengumpul segala data daripada pemain bolasepak sebenar untuk membawa Pixi ke tahap yang seterusnya.

Meskipun Pixi bukanlah model kereta Toyota, tetapi TES telah menyelongkar ‘tong komponen’ syarikat itu untuk menghasilkannya. Robot itu mempunyai penderia yang digunakan dalam tekologi bantuan pemandu untuk mengenalpasti sasarannya.

Jubahnya pula diperbuat daripada lebihan bahan membuat beg udara. Produk akhirnya kelihatan seperti sebuah robot ‘humanoid’ yang siap sedia untuk menjaringkan gol dari sepakan penalti.

Sungguhpun begitu, debut sulungnnya di hadapan 300 orang kanak-kanak tidak berjalan dengan begitu lancar. Pada malam sebelum sesi demonstrasi tersebut, pihak TES mendapati tulang leher plastiknya telah patah dan tidak mempunyai masa untuk membuat cetakan 3D komponen gantiannya.

Syukurlah, seorang daripada mereka telah menemui penyelesaian, dan datang pada hari berikutnya dengan sekeping kayu pada dan membaiki Pixi, 20 minit sebelum pertunjukan. Robot itu akan menendang bola pada kelajuan 85 km/j, lebih sedikit daripada purata 80 km/j.

TES terdiri daripada 28,000 orang sukarelawan dalam syarikat, dengan ahli sepenuh masa menerima dana pembangunan dan akses kepada kemudahan penyelidikan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Toyota telah memberi mandat kepada TES untuk menjalankan projek yang meningkatkan teknologi, kemahiran dan pengetahuan, serta yang memberi manfaat kepada semua ahlinya.

Kumpulan itu telah mencipta robot yang boleh bermain bola keranjang, disusuli dengan robot ikan pengutip sampah dan ciptaan lain yang tidak konvensional.

TES memilih untuk menghasilkan pemain bola sepak robotik kerana sukan itu mempunyai daya penarik yang cukup besar. Sebahagian daripada matlamat kumpulan selain meningkatkan kemahiran teknikal adalah untuk “menyalakan semangat ‘monozukuri‘ (membuat sesuatu)” dalam kalangan ahlinya.

Menurut penolong pengurus Bahagian Kejuruteraan Pembuatan Kenderaan Toyota, Yuki Murai, “jika kita tidak dapat mencetuskan minat orang lain, ia tidak lebih daripada latihan untuk memanjakan diri sendiri”.

Penghasilan robot dalam kalangan pemain industri automotif adalah perkara biasa. Pada 2020, Hyundai mengambil 80 peratus kepentingan dalam Boston Dynamics, serta melabur $400 juta(RM1.817 bilion) pada 2022 untuk menjadikan robot lebih pintar.

Tesla pula menghasilkan robot pada akhir 2022, manakala Ram Trucks membuat robot pengecasan induktif untuk trak pikap elektriknya, iaitu Revolution. Adakah suatu hari nanti kita dapat melihat Pixi menggantikan Lionel Messi? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Spectronik

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply