ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM lancar Yamaha XMAX 250 2023 – Dua pilihan warna, harga RM23,998

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini secara rasminya Yamaha XMAX 250 baharu ke pasaran Malaysia. Skuter maxi yang dipertingkatkan ini dijual pada harga RM23,998 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Dua pilihan warna menarik ditawarkan, iaitu Icon Blue dan Matt Silver. XMAX 250 2023 masih mengekalkan enjin silinder tunggal 250 cc suntikan bahan api yang mampu menghasilkan 22.5 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik tali sawat. Reka bentuk XMAX 250 2023 menampilkan ‘fairing‘ baharu serta pencahayaan lampu hadapan dan belakang yang membentuk huruf ‘X’.

Selain itu, XMAX 250 2023 turut dilengkapi dengan panel meter berwarna penuh jenis TFT bersaiz 4.2-inci, termasuk satu skrin LCD 3.2 inci yang memaparkan tahap kelajuan, jarak tunggangan dan takat bahan api.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Skrin TFTnya pula memaparkan sistem navigasi Garmin dan boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi YConnect.

Keselesaan tunggangan turut dipertingkatkan dengan rekaan tempat duduk yang lebih langsing, manakala dari aspek praktikaliti pula, ia dilengkapi dengan ruang simpanan bawah pelana tempat duduk yang boleh memuatkan dua topi keledar.

XMAX 250 boleh didapati di semua pengedar Yamaha Big Bike seluruh negara mulai Isnin ini dan setiap pembelian akan menerima kunci cakera keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply