ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengangkutan awam darat dan motosikal dibenar rentas negeri – PDRM

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu siaran media petang tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat keputusan untuk membenarkan pergerakan antara negeri menggunakan pengangkutan awam darat dengan permit sah daripada pihak berkuasa dan kepada penunggang motosikal.

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

Ia berikutan pemerhatian dan kajian daripada pihak PDRM pada hari pertama pergerakan antara negeri di sepanjang lebuh raya dan jalan persekutuan sehingga kini mendapati pergerakan kenderaan bergerak lancar.

Mereka yang menggunakan pengangkutan awam darat atau penunggang motosikal perlu mendapatkan kelulusan pergerakan antara negeri daripada PRDM menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual di balai polis yang berhampiran.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Kebenaran pergerakan antara negeri ini hanyalah bagi orang ramai yang terkandas di kampung yang berkeinginan untuk kembali ke kediaman masing-masing atau mereka yang pergi dan balik bekerja sahaja.

Jadual untuk perjalanan rentas negeri adalah seperti berikut:

  • 7 Mei 2020 – Dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain di Semenanjung
  • 8 Mei 2020 – Dari Perak, Johor dan Kelantan
  • 9 Mei 2020 – Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  • 10 Mei 2020 – Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu

PRDM sekali lagi menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan diri serta mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply