ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas sekolah lantai reput ada permit – Lulus ujian Puspakom Mei lalu?

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini kita gemparkan dengan kejadian seorang murid Tahun Enam maut akibat terjerlus dari bas sekolah di Kandis, Bukit Yong, dekat Pasir Puteh. Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bermain di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu dan melompat ke bahagian hadapan pintu masuk bas lalu terjerlus ke bawah kerana bahagian lantai bas itu telah reput.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Semalam Harian Metro melaporkan pihak polis sudah mengambil keterangan pemandu bas yang terbabit dan ia telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri. Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu bas berkenaan mempunyai lesen memandu yang sah dan berpengalaman selama empat tahun memandu bas sekolah terbabit.

Pemandu itu bekerja dengan majikannya dan membawa rombongan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang untuk menyertai kursus Bahasa Inggeris di Besut, Terengganu. Semasa kejadian, hanya terdapat 31 orang murid bersama pemandu tanpa ada guru pengiring atau pihak sekolah.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu mendapati ia negatif namum kes masih disasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bas sekolah itu pula mempunyai permit dan lulus ujian Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) pada Mei lalu.

Mengulas mengenai perkembangan yang sama berhubung kenyataan keluarga mangsa yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kejadian kemalangan itu, Mohd Azmir berkata, ia terpulang kepada keluarga mangas kerana mereka mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply