ARKIB

KATEGORI

Tular

Bekas koperal polis ‘menyamar’ untuk buat jenayah, telah dibuang kerja pada 2022

Tular

Views

Seorang bekas anggota polis yang sudah dibuang kerja diberkas Jumaat lalu kerana disyaki menggunakan uniform pasukan itu untuk melakukan jenayah di sekitar ibu negara.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan anggota unit kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang sedang membuat rondaan berhampiran Plaza Tol Duta, di Kuala Lumpur.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdahulu, satu klip video berdurasi 14 saat tular di media sosial memaparkan suspek yang memakai pakaian seragam lengkap dengan pangkat koperal dan jaket Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan dua anggota MPV terbabit.

Difahamkan suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha cuba menahan sebuah kereta bagi tujuan ‘pemeriksaan’ sebelum kelakuannya yang mencurigakan itu dikesan anggota yang sedang membuat rondaan.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi berkata suspek adalah bekas anggota polis yang sudah dibuang kerja.

Ini kes menyamar sebagai anggota polis yang mana suspek berkenaan adalah bekas anggota yang sudah dibuang kerja pada tahun 2022.

Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply