ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prestasi jenama SDAC-Ford semakin utuh – Pecah rekod jualan tertinggi, rangkaian pengedar semakin meluas, trak pikap Ranger terima pelbagai pengiktirafan

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford) memasuki tahun baharu dengan pelbagai pencapaian yang mengukuhkan prestasi jenama tersebut pada 2023.

SDAC-Ford memecahkan rekod jualan tertinggi dengan berjaya menjual 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest pada 2023. Sejak dilancarkan, Ford Ranger generasi baharu ternyata popular dan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Malaysia.

Varian Ranger Raptor dikuasakan dengan enjin petrol 3.0-liter V6 Twin Turbo dengan 397 PS dan 583 Nm daya kilas, manakala Ranger Platinum dilengkapi dengan ciri-ciri canggih yang menjanjikan kemewahan dan teknologi pintar.

Salah satu faktor penyumbang penting kepada kejayaan syarikat ialah perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford.

Tahun lalu, syarikat telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi premis pengedar Ford Signature bernilai RM12 juta yang terletak di Jalan Baru, Seberang Prai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kemudahan pusat Ford 3S serba canggih ini berkeluasan 46,000 kaki persegi dan menampilkan Ford Signature Corporate Identity serta menyediakan 16 ruang servis dan empat ruang pameran kenderaan. Ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir Suku Kedua (Q2) 2024.

Sabah merupakan pasaran pikap ketiga terbesar di negara ini dan syarikat telah melancarkan dua pusat pengedar utama di negeri tersebut, iaitu Ford Kota Kinabalu (Inanam), Boston Auto Dealership dan Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation.

Selain itu, SDAC-Ford juga telah membuka Ford Kota Samarahan secara rasmi pada bulan Oktober 2023 yang dimiliki oleh Jimisar Aruna. Ia terletak di UniVista Commercial Centre, Jalan UniVista Off Jalan Express Way di Kuching, Sarawak.

Pembukaan pusat-pusat tersebut telah mengukuhkan kedudukan jenama di Malaysia Timur. Kini terdapat sejumlah sembilan pengedar Ford di sana dan tiga puluh lapan pengedar di seluruh negara.

Pengarah Urusan, SDAC-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya amat berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai pada tahun lepas, yang sesungguhnya merupakan kejayaan hebat bagi SDAC-Ford.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah beliau, pihaknya yakin bahawa Ford akan terus mempelopori pasaran, sambil syarikat memenuhi komitmen terhadap kecemerlangan dan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada pelanggan.

Tahun 2023 menyaksikan kenderaan Ford menerima pelbagai anugerah, antaranya merangkul anugerah berprestij Kereta Terbaik Malaysia 2023 bagi kategori Trak Terbaik menerusi Ranger WildTrak, manakala Ranger Raptor 3.0L V6 Twin Turbo menerima anugerah Sebutan Terhormat.

Ford Ranger turut menerima Anugerah Pilihan Orang Ramai Carlist.my bagi Trak Pikap Terbaik 2023, manakala Ranger WildTrak telah diiktiraf sebagai ‘Trak Pikap Terbaik‘ oleh Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my (VOTY) 2023.

Melengkapkan senarai kemenangan, Ford Ranger telah menerima Anugerah Pilihan Editor CarPlus bagi kategori Trak Pikap Terbaik bagi 2022-2023. Malah, Ford Ranger Raptor juga memenangi anugerah Kereta Terbaik di acara tersebut.

Berasaskan prestasi cemerlang ini, SDAC-Ford dijangka terus mendahului sektor dengan kenderaan terkini dan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply