ARKIB

KATEGORI

Tular

Bertindak ‘ala samseng’ halang ambulans hantar pesakit, dua lelaki ditahan

Tular

Views

Tindakan dua lelaki bertindak ala samseng jalanan yang tular menghalang laluan sebuah ambulans menghantar pesakit dialisis membawa padah apabila dicekup semalam. Kedua-dua suspek berusia 30 dan 53 tahun ditangkap pukul 4 petang sekitar daerah Klang.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, penangkapan mereka susulan laporan dibuat pemandu perkhidmatan ambulans tersebut pukul 2.23 petang kelmarin, terhadap dua buah kenderaan termasuk motosikal yang menghalang ambulans berkenaan.

Katanya, semasa kejadian ambulans itu sedang membawa pesakit dialisis ke Hospital Sri Kota. Insiden itu tular menerusi video berdurasi dua minit 22 saat di laman sosial Facebook.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Berdasarkan siasatan mendapati, ambulans itu telah diekori rapat dari rapat oleh sebuah van jenis Toyota Hiace warna putih sewaktu melalui kawasan Jalan Tepi Sungai Klang.

Pemandu ambulans kemudiannya telah menegur pemandu van tersebut dengan menggunakan pembesar suara agar menjarakkan kenderaan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss warna biru telah menghentikan motosikalnya di hadapan ambulans tersebut dan menghalang pergerakan.

Beliau menambah, suspek kemudiannya telah turun dari motosikalnya dan menghampiri pintu bahagian pemandu dan mengarahkan pemandu untuk turun dari ambulans.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Ujarnya, pemandu ambulans itu bagaimanapun terus mengundurkan kenderaan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Pada masa masa, van yang mengekori ambulans telah berhenti di tepi ambulans tersebut. Pemandu van terus mengelak kedua-dua kenderaan dan meneruskan perjalanan ke hospital.

Hoong Fong menjelaskan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau. Tambahnya, permohonan reman terhadap dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Klang, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam dan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan halangan salah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azman Roy

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply