ARKIB

KATEGORI

Buletin

Betamek peroleh kontrak bekal komponen elektronik untuk model baharu Perodua

Berita Tempatan

Views

Pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), Betamek Bhd memperoleh kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai alat ganti elektronik untuk model kereta baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, anak syarikat milik penuhnya, Betamek Electronics (M) Sdn Bhd (BESB) menerima Surat Arahan (LOI) daripada Perodua, semalam.

Katanya, berdasarkan LOI itu, pembekalan bahagian elektronik itu dijangka akan dimulakan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 untuk tempoh enam tahun.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan Betamek dalam tempoh enam tahun, bermula dari tahun kewangan 2025.

Pengarah Urusan Betamek, Mirzan Mahathir, berkata permintaan untuk produk audio visual (AV) kenderaan dan aksesori kenderaan syarikat dijangka akan berkembang seiring dengan peningkatan permintaan untuk kenderaan pelanggan utamanya.

Walaupun insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang berakhir bulan lalu, pihaknya yakin bahawa permintaan untuk produk kenderaan AV dan aksesori kenderaan mereka akan terus berkembang seiring dengan permintaan yang kukuh untuk kenderaan pelanggan utamanya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Perodua baru-baru ini mengumumkan bahawa ia berada di landasan untuk memenuhi 330,000 pengeluarannya dan sasaran pendaftaran 314,000 unit tahun ini, memandangkan syarikat kereta itu akan meneruskan penambahbaikan kecekapan operasinya.

Sehingga 30 Jun 2023, Perodua mengeluarkan 153,813 kenderaan, meningkat 17 peratus berbanding 131,641 unit yang dikeluarkan dalam tempoh sama 2022.

Pencapaian pengeluaran itu menyebabkan peningkatan pendaftaran sebanyak 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan bagi separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply