ARKIB

KATEGORI

Buletin

BeyonCa perkenal model konsep kereta elektrik ‘super premium’, GT Opus 1

Berita Global

Views

Syarikat pemula berpangkalan di China, BeyonCa memperkenalkan model konsep kereta elektrik (EV)super premium‘ yang diberi nama GT Opus 1. Syarikat tersebut diterajui oleh mantan bos Volkswagen China dan CEO Renault China pada ketika ini, Soh Weiming.

BeyonCa mempunyai pusat reka bentuk di Jerman dan hab pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Singapura. Reka bentuk GT Opus 1 telah diilhamkan oleh mantan ketua pereka Škoda dan Bentley, Dirk van Braeckel.

Ia bakal menampilkan beberapa ciri menarik, salah satunya adalah penderia di dalam kereta yang boleh memantau tekanan darah pemandu dan mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kecemasan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Autocar, jika situasi tersebut berlaku, kereta tersebut akan memperlahankan kelajuan dan berhenti di lorong kecemasan.

Ia kemudiannya akan mengakses doktor yang dapat memantau pemandu dan memberi mereka nasihat tentang langkah yang perlu diambil seterusnya menerusi sistem infohibur.

BeyonCa akan menawarkan pengguna produk yang bermakna dengan pengalaman pengguna super-premium bersepadu di mana pengguna akan menikmati nilai sebenar perkhidmatan di dalam kereta, di sekeliling kereta dan di luar kereta.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Di samping itu, syarikat berjanji bahawa kenderaannya akan mempunyai akses kepada tahap automasi yang tinggi. Sebagai contoh, fungsi pemanduan autonomi yang akan membantu semasa meletakkan kereta di ruang parkir.

Versi pengeluaran Gran Turismo Opus 1 akan menggunakan pek bateri 130 kWj dan akan menampilkan seni bina 800v untuk pengecasan pantas.

Syarikat itu disokong oleh Renault dan Dongfeng Motor dan pengeluaran GT Opus 1 dijangka bermula pada 2023, manakala penghantaran hanya akan dibuat pada tahun berikutnya.

Harganya dianggarkan sekitar RMB 1 juta (RM 648,000) seunit. Versi pengeluaran kereta itu bakal membuat penampilan sulungnya semasa Shanghai Motor Show 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply