Harga tambang penerbangan domestik sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan trend penurunan sejak kebelakangan ini.
KOSMO! ONLINE melaporkan, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pemerhatian terkini suruhanjaya itu pada 25 Oktober lalu menunjukkan kebanyakan tambang penerbangan sepanjang tempoh PRU15 menyusut selepas mengalami lonjakan awal berikutan pengumuman tarikh PRU15 sebelum ini.
Katanya, ia merentasi semua syarikat penerbangan bagi laluan udara dalam Semenanjung iaitu sekitar RM185 sehala, manakala purata tambang penerbangan bagi laluan udara di Sabah dan Sarawak ialah RM188.
Bagi tambang laluan udara antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, purata harga yang boleh diperoleh adalah sekitar RM296 sehala.
Pemerhatian suruhanjaya menunjukkan syarikat penerbangan memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun bagi tambang penerbangan bagi memudahkan orang ramai.
Terdapat juga skim diskaun sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan khusus untuk pelajar dan ini dapat membantu pengundi muda untuk balik mengundi.
Industri penerbangan sudah menunjukkan sokongan bagi memudahkan pengundi menunaikan kewajipan mereka tanpa beban tambang penerbangan yang tinggi.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Tambah Saripuddin, MAVCOM juga telah meminta syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti bagi laluan udara yang beroperasi semasa tempoh PRU15 untuk memastikan sejumlah penerbangan tersedia ke pelbagai destinasi domestik pada harga yang berpatutan.
Berdasarkan data yang dikemukakan kepada MAVCOM, semua syarikat penerbangan tempatan sudah membuat perancangan untuk menambah penerbangan sempena PRU15 bermula awal November 2022 menggunakan sumber yang sedia ada.
Penerbangan tambahan yang dirancang termasuk 45 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke lokasi-lokasi terpilih di Semenanjung.
Beliau berkata, sebanyak 30 penerbangan tambahan dirancang ke destinasi terpilih di Semenanjung khusus bagi penerbangan yang beroperasi dari Subang, manakala sebanyak 68 penerbangan tambahan dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI