ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Impresi Artis

Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Gambaran Artis

Views

Selepas membikin Myvi GR dalam artikel terdahulu, sekali lagi pakar dalam manipulasi foto Theophilus Chin menggunakan kepakarannya untuk memberi gambaran Bezza GR. Nampaknya Theo telah menukar Bezza menjadi lebih garang dengan kit badan yang dipinjam dari Yaris GR.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Bampar depan yang dipinjam itu pula ‘kena’ dengan reka bentuk baharu Bezza yang menggunakan lampu jenis nipis. Skup udara yang besar pada hud depan ‘Bezza jadian’ ini telah menjadikan rupa depannya lebih ganas. Agak-agak boleh ‘tapau’ Vios GR ke tu?

Bumbung, cermin sisi dan rim dengan kemasan hitam melengkapkan gaya keseluruhan ‘gambaran digital’ ini. Ke bahagian belakang, Theo tidak melakukan perubahan yang besar dan masih mengekalkan bentuk bampar sedia ada yang hanya ditambah dengan diffuser serta corong ezkos berkembar dan lampu kabus belakang.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Ia sekali gus telah berjaya memperbaiki visual keseluruhan di belakang pada model semasa yang nampak sedikit ‘gonjeng’, terutama pada bahagian bampar. Spoiler nipis (lip spoiler) dengan kemasan hitam berkilat sudah memadai untuk menunjukkan gaya sporty model ini.

Anda rasa naik berapa kuasa kuda lepas Theo dah tambah skup udara tu? Kalau enjin ‘standard pekak’ memang sah kena bahan je la jawabnya. Bertambah satu lagi idea modifikasi untuk kedai ‘Ah Beng’ dan juga pemilik Bezza. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply