ARKIB

KATEGORI

Info

ANIH Berhad keluar TTA sempena sambutan Hari Natal

Berita Tempatan

Views

ANIH Berhad menerusi satu kenyataan menyarankan pengguna lebuh raya untuk rancang perjalanan ke negeri-negeri di Pantai Timur sempena sambutan Hari Natal yang bakal tiba. Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pihak syarikat telah menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk ke negeri-negeri di pantai timur sempena cuti perayaan itu.

Berikut adalah waktu-waktu puncak untuk KLK dan LPT 1:

Tarikh Hala Waktu Perjalanan
24 Disember 2020 Ke Pantai TimurAntara jam 6.00 pagi hingga  11.00 malam
27 Disember 2020 Ke Kuala Lumpur / 

Selangor

Antara jam 6.00 pagi hingga  12.00 tengah malam

(Sila rujuk TTA yang disertakan)

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Sehubungan itu, ANIH Berhad menyarankan pengguna yang ingin menuju ke Pahang pada 24 Disember 2020 untuk masuk ke lebuh raya sama ada pada jam 12 tengah hari hingga 4 petang atau antara 7 hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 6 hingga 10 pagi atau pada jam 5 petang hingga 8 malam.

Untuk kembali semula ke ibu kota pada 27 Disember, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6 hingga 10 pagi atau antara 7 hingga 11 malam. Pada tarikh yang sama juga, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 hingga 11 pagi atau antara 8 hingga 10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 9 malam atau antara 11 malam hingga 12 tengah malam.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Walaubagaimanapun, ANIH Berhad ingin menasihati pengguna lebuh raya supaya merujuk kepada maklumat terkini tentang kedaan banjir sebelum merancang perjalanan berikutan keadaan banjir yang melanda beberapa tempat terutamanya di negeri Terengganu dan Kelantan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, semua fasiliti di sepanjang KLK & LPT1 mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Norma Baharu. Oleh itu, pengguna lebuh raya dinasihati untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutamanya ketika menggunakan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah.

Untuk perjalanan yang lancar, sila pastikan baki kad dan e-Wallet Touch ‘n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. Orang ramai dan pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan TTA dan maklumat terkini menerusi laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply