ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh guna CRS sedia ada – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Mungkin berita ini akan memberi kelegaan sedikit kepada ibu bapa yang telah membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang tidak memenuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Menurut Sinar Harian, kerajaan mengambil langkah praktikal untuk membenarkan mereka menggunakan CRS sedia ada sebelum penguatkuasaan dilaksanakan awal tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak mahu membebankan pengguna berhubung garis panduan mengenai ciri-ciri CRS yang telah dikeluarkan oleh MIROS. Katanya, jika mereka haramkan semua yang telah beli tanpa sijil, ini akan membebankan. Jadi, pihaknya mengambil pendekatan lebih praktikal iaitu apa-apa produk dijual di pasaran sebelum ini dibenarkan penggunaannya.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Jelas beliau, selepas 1 Januari, produk-produk baharu yang memasuki pasaran mestilah memenuhi piawaian. Orang ramai tidak perlu bimbang sekiranya CRS yang mereka telah beli sebelum itu tidak mengikut piawaian kerana mereka masih boleh menggunakannya.

Walaubagaimanapun, pihaknya ingin menasihatkan kepada pengguna supaya mematuhi garis panduan ditetapkan dengan menyemak pelekat atau kod QR yang dipaparkan setiap kerusi sebelum membuat pembelian, Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah semalam.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan penjualan CRS itu adalah mengikut piawaian di peringkat pembekalan. Tindakan penguatkuasaan adalah di bawah KPDNHEP mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan dan Akta Perihal Dagangan 2011 kepada syarikat pembekal agar mengikuti piawaian itu.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Anthony berkata, tindakan akan diambil sekiranya syarikat pembekal tidak mengikut piawaian dan Kementerian Pengangkutan pula hanya menguatkuasakan dari segi pemakaian CRS itu kepada pengguna jalan raya. Dalam masa yang sama, pihaknya turut menggalakkan kepada pengangkutan awam atau syarikat perkhidmatan e-seru menyediakan CRS kepada penumpang cilik.

Kata beliau, perkara tersebut bukanlah mandatori, ia dikecualikan kerana penggunaan CRS tertakluk kepada kenderaan persendirian sahaja. Namun, secara positifnya ia memberi nilai tambah kepada perkhidmatan mereka. Kerajaan sebelum ini mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian pada 1 Januari 2020.

Bagaimanapun, tiada saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaan, yang bersifat mendidik terlebih dahulu. Oktober lalu, Pegawai Penyelidik MIROS menggariskan kerusi keselamatan kanak-kanak yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135cm.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply