ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerusi keselamatan kanak-kanak – Hanya yang lulus piawaian R44 dan R129 dibenarkan

Berita Tempatan

Views

Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan berkata hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan untuk digunakan di Malaysia.

Menurut Sinar Harian, piawaian itu ditetapkan Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter. Nurulhana berkata, selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

Tambahnya, ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada MIROS, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian. Pihaknya sering menasihatkan ibu bapa supaya tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Katanya lagi, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi dalam bab keselamatan kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit. Sebenarnya ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM300.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan akan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula 1 Januari 2020 bagi menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian, jika berlaku kemalangan.

Seiring dengan langkah itu, MIROS mengeluarkan Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia, yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang rasminya. Piawaian ini ditetapkan demi keselamatan pengguna.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Azharul Izwan Puaadi berkata, kesedaran mengenai kepentingan penggunaan CRS di dalam kereta masih berada pada tahap rendah di Malaysia.

Kata beliau, berdasarkan pemerhatian mereka ketika operasi bersama pihak berkuasa, kurang daripada 40 peratus ibu bapa menggunakan CRS, selain kurang didikan terhadap keselamatan diri mereka dan kanak-kanak ketika menaiki kenderaan.

Tambahnya, ribuan kenderaan bergerak di jalan raya setiap hari dan membawa bayi serta kanak-kanak kecil yang terdedah kepada risiko kemalangan, apabila tidak ditempatkan di tempat duduk khas. Dalam tempoh 2018 hingga Mac lalu, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di WPKL adalah sebanyak 268 kes dan turut melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Katanya lagi, ada ibu bapa yang berpendapat meriba anak-anak mereka dalam kereta sudah memadai kerana tidak mampu membeli CRS, namun mereka tidak sedar tindakan mereka itu jelas membahayakan diri kanak-kanak itu. Menurut kajian yang dijalankan, tempat duduk khas bayi boleh merendahkan risiko kematian sehingga 70 peratus bagi bayi dan 50 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply