ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan: Geng H dan Wira ‘terciduk’ di Kuantan, 10 kenderaan disita

Berita Tempatan

Views

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuantan menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya memaklumkan, pihaknya bersama JSPT IPK Pahang telah melaksanakan Op Samseng Jalanan dengan kekuatan seorang pegawai bersama sembilan anggota.

Operasi dilakukan sekitar bandar raya Kuantan dan Jalan Pintasan Kuantan. Dalam operasi ini, sebanyak sepuluh individu lelaki ditahan dan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Sembilan daripada mereka melakukan aksi menduga kelajuan bersaing sama sendiri di jalan awam dan seorang penunggang motosikal melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie).

Kes disiasat di bawah Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain dari itu , kesemua sepuluh buah kenderaan yang dipandu dan ditunggang suspek disita dan sebanyak 38 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan dari masa ke masa dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu atau penunggang yang memandu dengan cara membahayakan diri sendiri dan orang lain, serta yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Group kereta” juga diingatkan supaya jangan sewenang-wenangnya menganggap jalan awam sebagai litar lumba mereka.

Pihak Polis Trafik Kuantan turut memberi amaran kepada para penonton, agar jangan terlalu ‘galok’ (gembira – dalam loghat Pahang) sangat duduk di tepi jalan kerana mereka bila-bila masa sahaja boleh diangkut ke balai polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply